Tuesday, December 7, 2010

Kelebihan Kismis













i) APA ITU KISMIS ?


Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu. Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.

ii) KANDUNGAN KISMIS



Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% adalah fruktosa dan 50% adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot. Oleh itu, kismis adalah lebih baik berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet ia adalah untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita.

iii) KELEBIHAN KISMIS

Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Biasakanlah memakan kismis
kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”


Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti:


  1. Membantu meningkatkan memori dan hafalan
  2. Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan
  3. Melawaskan pembuangan air besar
  4. Melindungi hati
  5. Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
  6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
  7. Membantu sebagai penerang hati
  8. Membantu menguatkan hafalan
  9. Membantu menajamkan mata dan minda
  10. Membantu memulihkan keletihan saraf
  11. Membantu menguatkan daya ingatan
  12. Membantu mengurangkan stress
  13. Membantu merawat penyakit histeria
  14. Membantu merawat penyakit gementar
  15. Membantu merawat penyakit anemia
  16. Membantu merawat masalah sembelit
  17. Membantu merawat masalah pelupa
  18. Menambah fahaman serta minat belajar
  19. Membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. INSYA’ALLAH.


Wednesday, December 1, 2010

COKLAT KISMIS DOA AL-AWWAL



Kepada Ibu/bapa/penjaga:
Coklat mengandungi Spirulina dan Kismis Doa. Merangkumi kebaikan untuk “Rohani dan Jasmani”.

Proses untuk menyediakan kismis ini dibuat oleh orang alim dalam ilmu agama. Berperibadi yang baik sentiasa bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan setiap hari. Boleh dikatakan orang yang menyediakan “Kismis Doa” ini mustajab doanya iaitu berpandukan pengalaman yang lepas. Dengan itu, tidak hairanlah berkat doa yang telah dibacakan kepada kismis yang terdapat di dalam coklat ini. Coklat kismis ini telah dibacakan doa dan berkat doa tersebut Alhamdulillah ramai telah berubah. Kismis terpilih dari Iran dan ia dibersihkan menggunakan air 30 juzuk.

Aturan Makan:

Satu biji sekali makan. Pagi dan Malam. Setiap hari. Berterusan selama empat bulan untuk mendapatkan perubahan-perubahan positif. InsyaAllah.


KHASIAT DAN FAEDAH

  1. Kecergasan berfikir
  2. Ketajaman minda
  3. Menghilangkan Penyakit Lupa
  4. Menguatkan daya ingatan
  5. Mencerdaskan minda
  6. Membersihkan hati
  7. Mencerahkan mata
  8. Menghilangkan balgham (kahak)
  9. Menguatkan hati dan limpa serta perut
  10. Menjadi seorang yang tenang menghadapi peperiksaan
Khasiat Terbaik dari Ramuan Terbaik

COKLAT:
  • Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins dan phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.
  • Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
  • Coklat juga mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat.
  • Coklat mengeluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.
  • Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti adalah membantu meningkatkan memori dan hafalan, membantu menajamkan mata dan minda, membantu memulihkan keletihan saraf, membantu menguatkan daya ingatan, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung, meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan dan melambatkan proses penuaan.
KISMIS:
  • Kismis adalah satu "manisan" asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolesterol atau lemak serta rendah kandungan garam.
  • Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.
  • Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.
  • Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti adalah membantu merawat pemyakit anemia, membantu merawat masalah sembelit, membantu merawat masalah pelupa, menambah fahaman serta minat belajar, membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya. INSYAALLAH.

SPIRULINA:
  • Spirulina merupakan salah satu makanan paling produktif di dunia. spirulina menawarkan lebih nutrien berbanding dengan makanan lain.
  • Spirulina mempunyai kandungan protein yang tinggi dan lebih 60% daripadanya ialah protein sayuran mudah dicerna. Ia juga mengandungi "fitonutrien " seperti phycocyanin, polisakarida dan sulfolipid yang dapat meningkatkan sistem keimunan tubuh dan mungkin berupaya untuk mengurangkan risiko jangkitan, kanser dan penyakit auto immune.
  • Ia kaya dengan karotenoid semulajadi, iaitu sejenis anti pengoksidaan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel dan mengurangkan risiko kanser. Ia mengandungi klorofil yang membantu badan kita menjalankan penyahtoksikan. Ia juga mengandungi zat besi, zat galian dan asid lemak penting yang jarang didapati.
  • Spirulina membekalkan protein sebanyak 20 kali ganda lebih daripada kacang soya dan 200 kali ganda lebih daripada daging lembu.
  • Antara kelebihan spirulina yang dikenalpasti adalah membantu merawat tonik otak, membantu merawat kencing manis, membantu merawat buah pinggang, membantu merawat sakit sendi, membantu merawat gout, membantu merawat migrain, membantu merawat barah dan sebagainya.